Monday, August 30, 2010

Tamakninah

Dipetik daripada majalah SOLUSI.

Tamakninah sebahagian daripada rukun solat yang sering diabaikan. Kesannya, ramai yang tidak sedar bahawa solatnya tidak sah. Tamakninah dalam bahasa mudah bererti bertenang. Ibarat memandu sebuah kenderaan, waktu di persimpangan hentikan kereta sepenuhnya sebelum bergerak semula. Selagi kenderaan itu masih bergerak, tidaklah dikira tamakninah.

Rukun yang WAJIB disertakan Tamakninah.
1. Rukuk. Sewaktu kedudukan tulang belakang sudah sama rata dan keua-dua belah tangan memegang kepala lutut, hentikan pergerakan seketika. Itulah kadar tamakninah. Barangkali sempat membaca subhanallah.
2. Iktidal (bangun daripada rukuk) , pergerakan daripada rukuk terus menegak dan meluruskan semula tulang belakang seperti berdiri sebelum ini.
3. Sujud, sewaktu semua anggota sujud yang tujuh. (Dua tangan, dua lutut, dua kaki dan satu dahi) mencecah lantai, hentikan sebarang gerakan sekita. Itulah kadar tamakninah.
4. Duduk antara dua sujud. Sewaktu duduk sembil membaca doanya, tidak harus bergerak anggota kasar. Itulah kadar tamakninah.


Sekian....

No comments:

Post a Comment