Sunday, August 8, 2010

Perjalananku

Selasa, 3 Ogos, awal pagi dah bertolak dari rumah, takut jalan jem, (Sepanjang perjalanan dari rumah ke airport ada 2 buah sekolah di lalui). Flight ke KL jam 0750 pagi, bermakna jam 0630 kena bertolak dari rumah. Sedikit sesak di kawasan sekolah, tetapi selepas sekolah perjalanan berjalan lancar.
Tepat jam 0750 pagi, flight MH2633 berlepas ke KL. Penerbangan mengambil masa 2 jam 10 minit. Saya memilih duduk di barisan 14A untuk flight ke KL, sementara untuk ke Penang saya pilih 14F. Duduk di tepi, dekat emergency door, kelebihannya kita mendapat ruang kaki yang luas, kekurangannya dekat dengan emergency door, bahaya, lagi satu , kalau nak makan, memang lambat. Kalau nak cepat makan, ambil lah seat di depan no 6, 7 atau 8 dan seat di tengah no 16, 17 atau 18. Angan2 lepas sarapan nak melelapkan mata,,,,,tapi kawan bawa borak2 pula.
1010 pagi, sampai di KLIA, nak pegi mana ya……flight ke Penang jam 0200 ptg. Nak ke KL sempat tapi kelamkabut, so, saya yang dah biasa di KLIA terpaksa menjadi pemandu pelancong untuk 2 rakan. First saya baya ke terminal bas, tunjukkan bas yang ke KL Sentral, ke LCCT , Ke Nilai dan Ke Ipoh. Sempat juga buat lawak, crew bas bertanya pegi mana,,,,,kita jawap bas ke Penang ada ke?????.
Selepas dari terminal bas, kita bawa ke KLIA Express station pula, tak lama di sini , just nak tau tempat saja, and then kita naik balik ke tingkat ketibaan (3), menunjukkan dimana nak beli tiket KLIA Transit.
Masa perjalanan KLIA Express dari KLIA ke KL Sentral lebih kurang 38 minit, tetapi perjalanan KLIA Transit ke KL Sentral lebih kurang 48 minit, tambang KLIA Transit pula lebih murah dari KL Express.
Selepas menjadi pemberitahu system penggangkutan , turun pula ke tingkat 2,,,,,,kita pegi medan selera,,,,,makan,,,,,,kita pegi gerai yang menjual masakan Thai,,,,pilih cha kuew tiau special, Rm6.90……boleeee laaaa.

No comments:

Post a Comment