Aku tak tau apa yang mengerakkan hati ku untuk ke sana. Mungkin Allah lebih mengetahuinya. Beberapa urusan yang perlu diselesaikan sebelum ke sana.
Pertama-
Passport antarabangsa . Mungkin ada tempat2 tertentu kita kena beratur panjang atau que, ataupun berhari2 atau minggu malah bulan untuk menyiapkan sebuah buku merah yang bernama passport. Di wilayah Persekutuan Labuan, nak membuat passport tak jadi masalah, bagi penduduk Labuan, kalau cukup syarat (dukumen2) tak sampai setengah hari, tapi paling cepatpun kalau menbuat jam 11 pagi siapnya jam 1 tenghari.
Apakah dukumen2 yang perlu ada?,,,,,,standardnya, kad pengenalan, surat beranak, surat beranak ibubapa dan beberapa keping gambar,,,,dulu2 kena bergambar dikedai gambar, gambar berukuran passport, tapi kebanyakkan jabatan sekarang tak lagi meminta gambar2 berkenaan, cukup bawa diri dan bergambar di kaunter jabatan berkenaan. Perlu di ingat bagi yang tak mempunyai surat beranak ibubapa, perlu ada surat sumpah untuk mengesahkan bahawa pemohon adalah warga Malaysia dan penduduk ditempat berkenaan.
Kedua-
Suntikan kesihatan. Suntikan kesihatan boleh dibuat dimana2 klinik samada klinik kerajaan (hospital) atau klinik swasta dengan syarat klinik berkenaan telah diberikan pengitirafan untuk melakukan suntikan. Bayaran untuk suntikan berkenaan lebih kurang RM150 seorang.
Ketiga-
Permohonan untuk Visa. Agak mengambil masa, Selalunya akan diuruskan oleh agen. Dukumen2 yang perlu disediakan ialah, gambar (nyatakan bersaiz umbrah / haji), salinan kad pengenalan, salinan sijil nikah (jika pergi dengan suami / isteri), passport antarabangsa dimana tempoh tamat passport berkenaan lebih dari 6 bulan dan kad / surat pengesahan suntikan kesihatan.
Keempat-
Latihan, maksudnya latihan dari segi mental dan jasmani. Sediakanlah diri dengan mendalami ilmu2 berkenaan dengan agama, terutamanya berkenaan dengan haji dan umrah . Kita belah membaca buku2, melayari internet (you tube) , bertanya kepada yang pernah atau mengikuti ceramah2 agama.
Kesihatan juga perlu dipertingkatkan. Lakukan senaman2 ringan, amalkan berjalan kaki setiap hari, sekurang-kurangnya lebih kurang 5 km setiap hari. Mula biasakan kurangkan masa tidur. Kalau kebiasaan tidur 8 jam, beransur-ansur kurangkan masa tidur ke seminimum mungkin. Katalah 4 jam . Jika sudah terbiasa dengan tidur 4 jam, ini akan membantu anda beribadat ketikah di Tanah Arab nanti.
No comments:
Post a Comment