Friday, January 23, 2015

Umrah-Part 3

Selepas selesai solat Suboh, kami meneruskan perjalanan, hari semakin terang, kita tidak melepaskan peluang untuk menikmati pemanandangan bumi Arab sepanjang perjalanan ini. Memang berlainan jika dibandingkan dengan di Malaysia. Pemandangan di sini kebanyakkannya bukit-bukit atau gunung-gunung yang ketandusan, tanpa tumbuh-tumbuhan.

Terbayang dibenak fikiran, di sini kalau sesat di kawasan pergunungan, senang nak nampak orang jika dibandingkan kalau tersesat dikawasan hutan.


23/01/14, seawal pagi, matahari terbit di bumi Arab.


Bukit-bukau yang tandus, bangunan-bangunan yang berlainan dengan apa yang ada di tanah air.
 


Di beritahu oleh mutawif Masjid Bir ali, tempat berniat ihram untuk jemaah yang datang dari Madinah.








Sesampai di Madinah lebih kurang jam 8 pagi. Turun sahaja dari bas, keadaan cuaca agak sejuk dan berangin . Rasa-rasa macam di Kundasang, Sabah pula.
Menginap di Hotel Jawharat Alasema. Lama juga untuk menunggu untuk mendapatkan bilik. Mulanya saya bersama isteri diberikan sebuah bilik yang berkongsi bilik air dengan tetamu lain, tetapi oleh sebab ada jemaah yang mendapat bilik berdua tetapi tidak berkongsi bilik air dengan yang lain, akhirnya pihak agen telah menukar bilik kami ke bilik yang lain.





Pemandangan dari sebarang jalan raya Hotel Jawharat Alasema.





Selepas urusan bilik selesai dan selepas sarapan, isteri berehat sebentar di bilik sementara saya pergi ke kedai mencari baju sejuk untuk di pakai semasa di Madinah.


Baju yang dipakai berharga SR60.  Harga asalnya SR90. Jual beli di sini kena pandai tawar menawar. Saya bukanlah ahli untuk tawar menawar, tetapi oleh sebab agak terdesak untuk mencari baju sejuk, mau tak mau dibelilah juga baju berkenaan.














Tepat jam 1200 tengah hari, kami diminta berkumpul di lobi hotel.  Ziarah kami yang pertama untuk ke Masjid Nabawi. Oleh sebab terlalu ghairah, semua jemaah telah berkumpul seawal 1130 pagi lagi. Oleh sebab semua jemaah telah hadir, kami berangkat ke Masjid Nebawi (yang jaraknya dari hotel lebih kurang 300 meter) sebelum jam 1200 tengah hari. Kami dibahagikan kepada 3 kumpulan, 2 kumpulan untuk lelaki, sementara satu untuk perempuan.





Rakan-rakan jemaah dalam perjalanan pertama ke Masjid Nabawi.
 
 
 
 
 
 
Melintasi bebarapa hotel .......

Subahanallah, Maha Suci Allah, inilah pemandangan pertama ku ke atas Masjid Nabawi,,,,payung besar,,,macam tak percaya aku datang dijemput kemari. Alhamdullilah,,,,Allah Maha mengetahuai.
 

Dikawasan dataran Masjid Nabawi, walaupun belum masuk waktu Zohor, tetapi telah ramai orang datang
 
                        Ambil peluang bergambar di dataran Masjid Nabawi. Di belakang tu, tempat orang mengambil dan minum air. Airnya sejuk, tetapi di fahamkan, air berkenaan hanyalah air minuman biasa sahaja, untuk air zam zam ada disediakan didalam masjid.
bersambung Part 4....


No comments:

Post a Comment