Thursday, January 22, 2015

Umrah -Part 2

Penerbangan AirAsiaX yang mengambil masa lebih kurang 7 ke 8 jam telah selamat mendarat di lapangan terbang King Abd Aziz Jeddah.

Lebih kurang jam 0730 malam 22hb Jan 2014, waktu Jeddah,  rombongan jemaah memasuki bangunan lapangan terbang, rasa terharu, berdebar dan gembira apabila mula menjejakkan kaki di bumi Arab, apalagi disambut dengan laungan Azam Maghrib yg kedengaran dikumandangkan di corong2 pembesar suara.



Sempat bergambar di jejambat udara. Walaupun penat duduk dikapal terbang,  tapi kegembiraan nampak terbayang diwajah-wajah mereka.
Seperti yang telah diberitahu oleh pihak agen dan rakan-rakan yang pernah mengerjakan umrah, urusan imigresen tidaklah semudah dan secepat di Malaysia. 
Apabila sahaja memasuki bangunan lapangan terbang , para jemaah telah diminta untuk berkumpul disebuah bilik, nampak macam bilik menunggu, dan tak lama kemudian kami di minta berpindah ke bilik yang lain (bilik sebelah).
Tak tau apa sebabnya, kami diminta menunggu, namun apa yang dapat diperhatikan, selama menunggu, ada beberapa rombongan juga datang (dari Indonesia, Turki, Afrika dan India) dan diminta menunggu dibilik yang sama. Lama kelamaan bilik menjadi penuh.
 
 


 
Mula-mula sampai bilik ni agak kosong. Lama-kelamaan makin bertambah, sehinggakan ada jemaah yang duduk di lantai dan ada juga yang mengambil peluang untuk tidur .

Suasana gambar-gambar dibawah mengiakan kenyataan.

Yang pakai baju hijau, jemaah dari Indonesia


 
 
Lebih kurang pukul 11 malam, jemaah dari Malaysia dan Indonesia dipanggil untuk pemeriksaan imigresen. Kaunter pemeriksaan imigresen terletak di tingkat bawah, agak terkejut juga apabila memandang dari atas, masih ramai lagi jemaah yang beratur malah ada juga yang berbaring untuk pemeriksaan imigresen. (Menunjukkan pemeriksaan ni agak lama dan ketat).
 
Di kaunter imigresen, jemaah akan digambar dan diambil cap jari. (Untuk cap jari disini, bukan un tuk ibu jari, tetepi kedua-dua tapak tangan). Dari pemerhatian, pemeriksaan  jemaah dari Indonesia agak lama sedikit dibandingkan dengan jemaah Malaysia. Tidak tahu kenapa, tetapi dari cakap-cakap yang tidak sahih, entah benar entah tidak, jemaah Indonesia ni akan mangambil peluang untuk tinggal agak lama di bumi Arab ni, sebab itulah pemeriksaan keatas mereka agak lama. Allah sahaja yang mengetahuai.
 
Perlu diingat, ketika beratur, jangan sekali-kali potong Q, sebabnya kalau diketahui oleh pihak berkuasa di sana, mereka akan menyuruh kita kebelakang Q.
Juga ingat,  jangan berkasar ataupun membuat huruhara, terjadi dan kebiasaannya pegawai-pegawai yang bertugas ini akan meninggalkan kaunter mereka. So kita yang beratur akan bertambah lambatlah berurusan.
 
Lebihkurang 10 minit ke pukul 12 malam, selesailah urusan Imigresen kami suami isteri. Sementara menunggu rakan-rakan yang lain, kami yang sudah selasai berurusan diminta menunggu diruang menunggu. Di sini kami barulah dapat melaksanakan solat qasar dan jamak, disamping itu dapatlah mencari-cari makan sedikit. Terkejut juga apabila memesan untuk satu cawan teh berharga SR3.....mahal,,,,,,,
 
Ruang mengunggu bas di Lapangan Terbang King Abdul Aziz Jeddah. Di sini disediakan tempat solat, kedai-kedai . (Malangnya cuma beberapa kedai saja yang buka, dah lewat malam)
 
 
 
Kami memulakan perjalanan ke Madinah pada jam 0100 pagi 23/01/2014.  Didalam perjalanan ke Madinah, kami diiringi juga oleh seorang penuntut Malaysia (belajar di Universiti Madinah), yang menjadi mutawif.
 
Perjalanan ke Madinah mengambil masa lebih kurang 6 ke 7 jam. Sepanjang perjalanan kami berhenti di dua tempat.




 

 Inilah tempat persinggahan pertama kami.
Waktu ni pukul 0530 pagi, bercadang untuk Solat Suboh, rupanya belum masuk waktu lagi.
Singgah sebentar sahaja untuk membuang air atau membeli apa-apa keperluan .
Di Arab Saudi, diperhatikan setiap stesen minyak, ada juga disediakan sebuan surau/masjid juga kedai makan dan kedai menjual barang-barang keperluan.
 
Meneruskan perjalanan, sehinggalah sampai di satu stesen minyak, lebih kurang pukul 645 pagi. Kami berhenti dan mengerjakan Solat Suboh berjemaah. Solat diimamkan oleh Ustaz Amir. Cuaca disini agak sejuk, terkejut dan mengiggil kesejukkan apabila mengambil air sembahyang.
 
Sang isteri bersama anak buah (Rozaimah) sempat bergambar kenangan selepas Solat Suboh.
Sementara menunggu yang lain, sempat bergambar kenangan. Dibelakang bas yag ditumpangi.

 
Bersambung Part 3

No comments:

Post a Comment