Beberapa acara ziarah telah diatur samada melalui pihak agen atau dilakukan secara persendirian oleh jemaah sendiri.
Selama di Madinah, bersembahyang jemaah di Masjid Nabawi setiap waktu adalah satu kemestian bagi kami suami isteri. Malangnya kami suami isteri akan berpisah apabila memasuki masjid . Masjid Nabawi mempunyai peraturan dimana jemaah perempuan akan diasingkan dengan jemaah lelaki. Selalunya untuk ke masjid kami suami isteri akan pergi bersama pasangan (anak buah) Mazlan dan isterinya Rozaimah. Senanglah sedikit hati apabila isteri akan berteman dengan anak buahnya ketika bersembahyang di masjid. Sementara aku pula akan bersama suami Rozaimah, Mazlan, bersembahyang dibahagian lelaki. Tempat sembahyang kami tidak pernah tetap. Selama 4 hari di Madinah, berbagai-bagai tempat kami bersembahyang, ada di sebelah kiri, di kanan, depan, dibawah payung, berdekatan dengan Raudah dan di Raudah sendiri.
Bersembahyang di Raudah, sesuatu yang amat dicari-cari oleh setiap jemaah. Bukan mudah untuk dapat bersembahyang di Raudah, ditambah pula dengan jemaah yang ramai, peluang untuk bersembahyang di Raudah agak sukar. Dua hari di Madinah, cuma dapat bersembahyang di dalam masjid sahaja.
Nak sembahyang di Raudah kena buat strategi,,,,
1. Kena datang awal. Kalau waktu Zohor, biasanya kawasan hadapan dan Raudah akan dihalang dari memasuki, ditutup dengan kanvas, (kerja-kerja pembersihan dijalankan), ianya akan dibuka dalam jam 10 ke 11 pagi. Sedialah ditepi kanvas berkenaan, dan apabila kanvas berkenaan dibuka, cepat-cepatlah ke kawasan Raudah. (Maksud cepat-cepat ni ,,,,berlari, mungkin kita akan kena kejutan budaya, maksudnya kalau di Malaysia, tak ada satu-satu tempat atau negeri pun yang orang akan berlari di masjid untuk mendapatkan tempat sembahyang di saf-saf hadapan).
2. Sembahyang berhampiran dengan Raudah, apabila selesai solat, ramai yang akan pulang ke hotel, ambil peluang ke hadapan lagi dan kalau ada kekosongan di Raudah, terus masuk ke Raudah. Gunakan strategi ini dengan cara tidak keluar dari masjid selepas solat. Contohnya, jika anda ingin bersembahyang di Raudah, semasa waktu Asar tetapi keadaan Raudah / masjid penuh, lupakan dahulu niat anda. Selepas Asar, anda ganjakkan diri anda berhampiran dengan Raudah, kerana selepas Asar ramai jemaah akan keluar.Ambillah peluang ini untuk meninjau kekosongan di Raudah. InsyAllah waktu Isya anda akan dapat bersembahyang di Raudah.
3. Niat dan berdoa agar kita dapat bersembahyang di Raudah....ini yang penting,,,,kalau tak berniat dan kemahuan, di situ situ lah saja kita bersembahyang.
Alas kaki,,,,,juga jangan terkejut jika anda diminta membawa alas kaki (selipar/kasut) kedalam masjid. Oleh itu sediakanlah beg untuk alas kaki. Tempat menyimpan alas kaki ada disediakan didalam masjid. INGAT,,,,,apabila menyimpannya, ingatlah nombor tempat alas kaki anda disimpan. Kalau takut lupa, gambar saja menggunakan telephone anda. Ada juga jemaah yang membawa alaskaki ketempat sembahyang.
Keadaan Di dalam Masjid. Selesai Solat, jika nak ke Raudah, berpindah ke hadapan jika ada peluang.
Ada jemaah mengambil peluang mendengar tazkirah di kawasan Raudah (kanan). Sementara (gambar bawah) menunggu peluang untuk memasuki kawasan Raudah dan ada pula yang terus-terusan bersembahyang di Raudah.
Bayangkan apabila kita melihat kebelakang ketika memulakan Solat, Subahallah,,,Maha Suci Allah, ramainya......
Berjumpa pakcik ni, asal dari Johor, baru datang malam dan terus bersolat Suboh,,,,pagi-pagi kita jumpa, rupanya tersesat, tak membawa telaphone, nasib baik ada no telephone ajen di Malaysia. Alhamdullilah dapat call agen untuk dibawa pulang ke hotel. Maaf pakcik, aku tak dapat bagi duit, aku sendiri waktu tu tak membawa duit,,,,pak cik ni ketika tu agak kelaparan,,,katanya dari semalam tak makan,,,,kita minum air zam zam saja..
Usai solat, kebiasaannya ada majlis tazkirah. Berbagai-bagai bahasa yang kita boleh dengar. Yang ini dari Indonesia. Para pendengarnya terdiri dari Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei. Sempat bersalam dengan beliau, beliau telah lama bermastautin di Madinah dan dilantik oleh pihak Masjid Nabawi sebagai penceramah.
Almari / rak menyimpan kasut. Memang banyak rak-rak ini. Ingat nombornya, kalau tak ingat gambar saja. Alas kaki haruslah di masukkan didalam beg, masukkan kedalam rak, jangan dikeluarkan, kalau keluar akan diambil / kemaskan oleh pekerja2.
Mengambil peluang menikmati suasana pemandangan indah di sekitar Masjid Nabawi. Cuaca agak sejuk juga. Boleh mencecah ke 17 Deg C. Keadaan cuaca begini bermula dari bulan December sehingga ke March.
Apabila kita memasuki pintu masuk utama . Waktu-waktu solat ada dipaparkan. Pintu utama ini kebiasaannya dilalui oleh jemaah dari Malaysia.
Salah satu pintu yang terdapat di Masjid Nabawi. Pintu Bilal.
Bersambung Part 6.......Ziarah sekitar Madinah
No comments:
Post a Comment