Oleh sebab , ini adalah kali pertama kami (yang baru) menjejak kaki di Masjid Nabawi, terpaksalah kami mencari satu lokasi yang mana boleh menempatkan rombongan kami. (Yg lebih kurang 5 ke 7 orang)
Alhamdullilah, kami mendapat suatu tempat di tengah masjid berbumbungkan payung-payung besar.
Nampak pula kubah yang berwarna hijau. Terus sahaja solat sunat, sementara menunggu azan mengambil peluang membaca Surah Yassin.
Keadaan ketika Solat Zohor Masjid Nabawi dikawasan lapang beratapkan payung besar.
Selesai Solat Zohor dan sunat, kami jemaah umrah Al- Muhammadiah meneruskan acara dengan menziarahi Makam Nabi dan Sahabat-sahabat.
Nasib baik waktu tu , kami dipimpin oleh Saudara Kula (Agen ) untuk menziarah Makam Nabi dan sahabat-sahabat. Kalau tak,,,,tak tau dari mana nak mula,,,,,Pintu Babussalam, itulah pintu yang perlu diingati jika anda ingin menziarah Makam Nabi dan Sahabat2.
Gambar dibawah sebelah kiri menunjukkan Pintu Babussalam, sementara disebelah kanan pula lorong menuju Makam Nabi dan Sahabat2 (Abu Bakar dan Umar). Makam2 berkenaan disebelah kiri.
Selesai misi pertama,,,,misi pengenalan Masjid Nabawi. Balik ke hotel untuk makan tengahari dan berehat dan selepas tu datang kembali ke masjid.
.......bersambung Part 5
No comments:
Post a Comment