21hbJan. 2014. Memulakan perjalanan dari Labuan. Seawal pagi bertolak dari rumah. Dihimpit dengan kesesakan jalanraya, ada rakan yang terpaksa memandu ditepi jalanraya. Sebelum memasuki dewan berlepas pada pukul 0700 pagi, doa dibaca yang diketuai oleh Ustaz Amir. Menaiki pernerbangan MAS.
Suasana di dalam bas, perjalanan dari KLIA ke Nilai. Di Nilai kami tinggal di Aeton Hotel. Cuma semalam sebagai persediaan transit ke Jeddah.
22hb Feb 2014, jam 1130 pagi telah berada di LCCT untuk menaiki pernerbangan AirAsia X menuju ke Jeddah
Selepas menunggu 3 jam, barulah dipanggil untuk masuk ke dalam kapal.
Di dalam kabin AirAsiaX, pernerbangan dari Kuala Lumpur mengambil masa lebih kurang 8 jam. 2 kali makan disediakan. Terasa bosan, walaupun bermacam-macam aktiviti dilakukan,,,,berzikir,membaca Al Quran, bermain phone game, membaca buku-buku umrah dan akhirnya tidur zzzzzzzz...................(penerbangan ni tak ada menyediakan apa-apa yang nak ditonton)
bersambung di part 2.........
No comments:
Post a Comment