Sunday, January 25, 2015

Umrah - Part 5

Tidak lama kami di Madinah. 4 hari 3 malam. Kami sampai pada pagi 23/01/2014 dan meninggalkan Madinah selepas Zohor 26/01/2014.

Beberapa acara ziarah telah diatur samada melalui pihak agen atau dilakukan secara persendirian oleh jemaah sendiri.

Selama di Madinah, bersembahyang jemaah di Masjid Nabawi setiap waktu adalah satu kemestian bagi kami suami isteri. Malangnya kami suami isteri akan berpisah apabila memasuki masjid . Masjid Nabawi mempunyai peraturan dimana jemaah  perempuan akan diasingkan dengan jemaah lelaki.  Selalunya untuk ke masjid kami suami isteri akan pergi bersama pasangan (anak buah) Mazlan dan isterinya Rozaimah. Senanglah sedikit hati apabila isteri akan berteman dengan anak buahnya ketika bersembahyang di masjid. Sementara aku pula akan bersama suami Rozaimah, Mazlan, bersembahyang dibahagian lelaki. Tempat sembahyang kami tidak pernah tetap. Selama 4 hari di Madinah, berbagai-bagai tempat kami bersembahyang, ada di sebelah kiri, di kanan, depan, dibawah payung, berdekatan dengan Raudah dan di Raudah sendiri.

Bersembahyang di Raudah, sesuatu yang amat dicari-cari oleh setiap jemaah. Bukan mudah untuk dapat bersembahyang di Raudah, ditambah pula dengan jemaah yang ramai, peluang untuk bersembahyang di Raudah agak sukar. Dua hari di Madinah, cuma dapat bersembahyang di dalam masjid sahaja.
Nak sembahyang di Raudah kena buat strategi,,,,
1. Kena datang awal. Kalau waktu Zohor, biasanya kawasan hadapan dan Raudah akan dihalang dari memasuki, ditutup dengan kanvas, (kerja-kerja pembersihan dijalankan), ianya akan dibuka dalam jam 10 ke 11 pagi. Sedialah ditepi kanvas berkenaan, dan apabila kanvas berkenaan dibuka, cepat-cepatlah ke kawasan Raudah. (Maksud cepat-cepat ni ,,,,berlari, mungkin kita akan kena kejutan budaya, maksudnya kalau di Malaysia, tak ada satu-satu tempat atau negeri pun yang orang akan berlari di masjid untuk mendapatkan tempat sembahyang di saf-saf hadapan).
2. Sembahyang berhampiran dengan Raudah, apabila selesai solat, ramai yang akan pulang ke hotel, ambil peluang ke hadapan lagi dan kalau ada kekosongan di Raudah, terus masuk ke Raudah. Gunakan strategi ini dengan cara tidak keluar dari masjid selepas solat. Contohnya, jika anda ingin bersembahyang di Raudah, semasa waktu Asar tetapi keadaan Raudah / masjid penuh, lupakan dahulu niat anda. Selepas Asar, anda ganjakkan diri anda berhampiran dengan Raudah, kerana selepas Asar ramai jemaah akan keluar.Ambillah peluang ini untuk meninjau kekosongan di Raudah. InsyAllah waktu Isya anda akan dapat bersembahyang di Raudah.
3. Niat dan berdoa agar kita dapat bersembahyang di Raudah....ini yang penting,,,,kalau tak berniat dan kemahuan, di situ situ lah saja kita bersembahyang.

Alas kaki,,,,,juga jangan terkejut jika anda diminta membawa alas kaki (selipar/kasut) kedalam masjid.  Oleh itu sediakanlah beg untuk alas kaki. Tempat menyimpan alas kaki ada disediakan didalam masjid. INGAT,,,,,apabila menyimpannya, ingatlah nombor tempat alas kaki anda disimpan. Kalau takut lupa, gambar saja menggunakan telephone anda. Ada juga jemaah yang membawa alaskaki ketempat sembahyang.
Bergambar bersama-sama jemaah dari Labuan.


Keadaan Di dalam Masjid. Selesai Solat, jika nak ke Raudah, berpindah ke hadapan jika ada peluang.
 

Karpet merah (gambar atas) yang terdapat di Masjid Nabawi. Karpet berwarna hijau pula adalah kawasan Raudah. Memang susah untuk kita untuk beribadat di Raudah. Gambar kanan menunjukkan sempadan Raudah. Saya terpaksa menunggu hampir 45 minit untuk memasuki Raudah, walaupun sudah berada di sempadan.
 
 


 Ada jemaah mengambil peluang mendengar tazkirah di kawasan Raudah (kanan). Sementara (gambar bawah) menunggu peluang untuk memasuki kawasan Raudah dan ada pula yang terus-terusan bersembahyang di Raudah.

Bayangkan apabila kita melihat kebelakang ketika memulakan Solat, Subahallah,,,Maha Suci Allah, ramainya......

Sedang-sedang mencari tempat di Raudah, ambil peluang berselfie....

Berjumpa pakcik ni, asal dari Johor, baru datang malam dan terus bersolat Suboh,,,,pagi-pagi kita jumpa, rupanya tersesat, tak membawa telaphone, nasib baik ada no telephone ajen di Malaysia. Alhamdullilah dapat call agen untuk dibawa pulang ke hotel. Maaf pakcik, aku tak dapat bagi duit, aku sendiri waktu tu tak membawa duit,,,,pak cik ni ketika tu agak kelaparan,,,katanya dari semalam tak makan,,,,kita minum air zam zam saja..

Usai solat, kebiasaannya ada majlis tazkirah. Berbagai-bagai bahasa yang kita boleh dengar. Yang ini dari Indonesia. Para pendengarnya terdiri dari Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei. Sempat bersalam dengan beliau, beliau telah lama bermastautin di Madinah dan dilantik oleh pihak Masjid Nabawi sebagai penceramah.

Almari / rak menyimpan kasut. Memang banyak rak-rak ini. Ingat nombornya, kalau tak ingat gambar saja. Alas kaki haruslah di masukkan didalam beg, masukkan kedalam rak, jangan dikeluarkan, kalau keluar akan diambil / kemaskan oleh pekerja2.


Mengambil peluang menikmati suasana pemandangan indah di sekitar Masjid Nabawi. Cuaca agak sejuk juga. Boleh mencecah ke        17 Deg C.   Keadaan cuaca begini bermula dari bulan December sehingga ke March.



 Apabila kita memasuki pintu masuk utama . Waktu-waktu solat ada dipaparkan. Pintu utama ini kebiasaannya dilalui oleh jemaah dari Malaysia.











Salah satu pintu yang terdapat di Masjid Nabawi. Pintu Bilal.

Bersambung Part 6.......Ziarah sekitar Madinah

Saturday, January 24, 2015

Umrah - Part 4

23 hb Jan 2014, inilah tarikh keramat . Pertama kali menjejak kaki di Masjid Nabawi. Bersama-sama rakan jemaah yang lain, kami memasuki masjid dengan rasa yang amat sukar hendak digambarkan. Walaupun ketika itu, baharu jam 12 tengah hari, namun telah ramai jemaah yang telah berada di dalam masjid. Rakan yang telah beberapa kali mengerjakan umrah mengajak kami untuk memasuki kawasan Raudah, malangnya kawasan tersebut telah dipenuhi dan telah dipagar (dengan kanvas putih).
Oleh sebab , ini adalah kali pertama kami (yang baru) menjejak kaki di Masjid Nabawi, terpaksalah kami mencari satu lokasi yang mana boleh menempatkan rombongan kami. (Yg lebih kurang 5 ke 7 orang)
Alhamdullilah, kami mendapat suatu tempat di tengah masjid berbumbungkan payung-payung besar.
Nampak pula kubah yang berwarna hijau. Terus sahaja solat sunat, sementara menunggu azan mengambil peluang membaca Surah Yassin.
 

Keadaan ketika Solat Zohor Masjid Nabawi dikawasan lapang beratapkan payung besar.

Selesai Solat Zohor dan sunat, kami jemaah umrah Al- Muhammadiah meneruskan acara dengan menziarahi Makam Nabi dan Sahabat-sahabat.

Nasib baik waktu tu , kami dipimpin oleh Saudara Kula (Agen ) untuk menziarah Makam Nabi dan sahabat-sahabat. Kalau tak,,,,tak tau dari mana nak mula,,,,,Pintu Babussalam, itulah pintu yang perlu diingati jika anda ingin menziarah Makam Nabi dan Sahabat2.



Gambar dibawah sebelah kiri menunjukkan Pintu Babussalam, sementara disebelah kanan pula lorong menuju Makam Nabi dan Sahabat2 (Abu Bakar dan Umar). Makam2 berkenaan disebelah kiri.




 


Selesai misi pertama,,,,misi pengenalan Masjid Nabawi. Balik ke hotel untuk makan tengahari dan berehat dan selepas tu datang kembali ke masjid.


.......bersambung Part 5

Friday, January 23, 2015

Umrah-Part 3

Selepas selesai solat Suboh, kami meneruskan perjalanan, hari semakin terang, kita tidak melepaskan peluang untuk menikmati pemanandangan bumi Arab sepanjang perjalanan ini. Memang berlainan jika dibandingkan dengan di Malaysia. Pemandangan di sini kebanyakkannya bukit-bukit atau gunung-gunung yang ketandusan, tanpa tumbuh-tumbuhan.

Terbayang dibenak fikiran, di sini kalau sesat di kawasan pergunungan, senang nak nampak orang jika dibandingkan kalau tersesat dikawasan hutan.


23/01/14, seawal pagi, matahari terbit di bumi Arab.


Bukit-bukau yang tandus, bangunan-bangunan yang berlainan dengan apa yang ada di tanah air.
 


Di beritahu oleh mutawif Masjid Bir ali, tempat berniat ihram untuk jemaah yang datang dari Madinah.








Sesampai di Madinah lebih kurang jam 8 pagi. Turun sahaja dari bas, keadaan cuaca agak sejuk dan berangin . Rasa-rasa macam di Kundasang, Sabah pula.
Menginap di Hotel Jawharat Alasema. Lama juga untuk menunggu untuk mendapatkan bilik. Mulanya saya bersama isteri diberikan sebuah bilik yang berkongsi bilik air dengan tetamu lain, tetapi oleh sebab ada jemaah yang mendapat bilik berdua tetapi tidak berkongsi bilik air dengan yang lain, akhirnya pihak agen telah menukar bilik kami ke bilik yang lain.





Pemandangan dari sebarang jalan raya Hotel Jawharat Alasema.





Selepas urusan bilik selesai dan selepas sarapan, isteri berehat sebentar di bilik sementara saya pergi ke kedai mencari baju sejuk untuk di pakai semasa di Madinah.


Baju yang dipakai berharga SR60.  Harga asalnya SR90. Jual beli di sini kena pandai tawar menawar. Saya bukanlah ahli untuk tawar menawar, tetapi oleh sebab agak terdesak untuk mencari baju sejuk, mau tak mau dibelilah juga baju berkenaan.














Tepat jam 1200 tengah hari, kami diminta berkumpul di lobi hotel.  Ziarah kami yang pertama untuk ke Masjid Nabawi. Oleh sebab terlalu ghairah, semua jemaah telah berkumpul seawal 1130 pagi lagi. Oleh sebab semua jemaah telah hadir, kami berangkat ke Masjid Nebawi (yang jaraknya dari hotel lebih kurang 300 meter) sebelum jam 1200 tengah hari. Kami dibahagikan kepada 3 kumpulan, 2 kumpulan untuk lelaki, sementara satu untuk perempuan.





Rakan-rakan jemaah dalam perjalanan pertama ke Masjid Nabawi.
 
 
 
 
 
 
Melintasi bebarapa hotel .......

Subahanallah, Maha Suci Allah, inilah pemandangan pertama ku ke atas Masjid Nabawi,,,,payung besar,,,macam tak percaya aku datang dijemput kemari. Alhamdullilah,,,,Allah Maha mengetahuai.
 

Dikawasan dataran Masjid Nabawi, walaupun belum masuk waktu Zohor, tetapi telah ramai orang datang
 
                        Ambil peluang bergambar di dataran Masjid Nabawi. Di belakang tu, tempat orang mengambil dan minum air. Airnya sejuk, tetapi di fahamkan, air berkenaan hanyalah air minuman biasa sahaja, untuk air zam zam ada disediakan didalam masjid.
bersambung Part 4....


Thursday, January 22, 2015

Umrah -Part 2

Penerbangan AirAsiaX yang mengambil masa lebih kurang 7 ke 8 jam telah selamat mendarat di lapangan terbang King Abd Aziz Jeddah.

Lebih kurang jam 0730 malam 22hb Jan 2014, waktu Jeddah,  rombongan jemaah memasuki bangunan lapangan terbang, rasa terharu, berdebar dan gembira apabila mula menjejakkan kaki di bumi Arab, apalagi disambut dengan laungan Azam Maghrib yg kedengaran dikumandangkan di corong2 pembesar suara.



Sempat bergambar di jejambat udara. Walaupun penat duduk dikapal terbang,  tapi kegembiraan nampak terbayang diwajah-wajah mereka.
Seperti yang telah diberitahu oleh pihak agen dan rakan-rakan yang pernah mengerjakan umrah, urusan imigresen tidaklah semudah dan secepat di Malaysia. 
Apabila sahaja memasuki bangunan lapangan terbang , para jemaah telah diminta untuk berkumpul disebuah bilik, nampak macam bilik menunggu, dan tak lama kemudian kami di minta berpindah ke bilik yang lain (bilik sebelah).
Tak tau apa sebabnya, kami diminta menunggu, namun apa yang dapat diperhatikan, selama menunggu, ada beberapa rombongan juga datang (dari Indonesia, Turki, Afrika dan India) dan diminta menunggu dibilik yang sama. Lama kelamaan bilik menjadi penuh.
 
 


 
Mula-mula sampai bilik ni agak kosong. Lama-kelamaan makin bertambah, sehinggakan ada jemaah yang duduk di lantai dan ada juga yang mengambil peluang untuk tidur .

Suasana gambar-gambar dibawah mengiakan kenyataan.

Yang pakai baju hijau, jemaah dari Indonesia


 
 
Lebih kurang pukul 11 malam, jemaah dari Malaysia dan Indonesia dipanggil untuk pemeriksaan imigresen. Kaunter pemeriksaan imigresen terletak di tingkat bawah, agak terkejut juga apabila memandang dari atas, masih ramai lagi jemaah yang beratur malah ada juga yang berbaring untuk pemeriksaan imigresen. (Menunjukkan pemeriksaan ni agak lama dan ketat).
 
Di kaunter imigresen, jemaah akan digambar dan diambil cap jari. (Untuk cap jari disini, bukan un tuk ibu jari, tetepi kedua-dua tapak tangan). Dari pemerhatian, pemeriksaan  jemaah dari Indonesia agak lama sedikit dibandingkan dengan jemaah Malaysia. Tidak tahu kenapa, tetapi dari cakap-cakap yang tidak sahih, entah benar entah tidak, jemaah Indonesia ni akan mangambil peluang untuk tinggal agak lama di bumi Arab ni, sebab itulah pemeriksaan keatas mereka agak lama. Allah sahaja yang mengetahuai.
 
Perlu diingat, ketika beratur, jangan sekali-kali potong Q, sebabnya kalau diketahui oleh pihak berkuasa di sana, mereka akan menyuruh kita kebelakang Q.
Juga ingat,  jangan berkasar ataupun membuat huruhara, terjadi dan kebiasaannya pegawai-pegawai yang bertugas ini akan meninggalkan kaunter mereka. So kita yang beratur akan bertambah lambatlah berurusan.
 
Lebihkurang 10 minit ke pukul 12 malam, selesailah urusan Imigresen kami suami isteri. Sementara menunggu rakan-rakan yang lain, kami yang sudah selasai berurusan diminta menunggu diruang menunggu. Di sini kami barulah dapat melaksanakan solat qasar dan jamak, disamping itu dapatlah mencari-cari makan sedikit. Terkejut juga apabila memesan untuk satu cawan teh berharga SR3.....mahal,,,,,,,
 
Ruang mengunggu bas di Lapangan Terbang King Abdul Aziz Jeddah. Di sini disediakan tempat solat, kedai-kedai . (Malangnya cuma beberapa kedai saja yang buka, dah lewat malam)
 
 
 
Kami memulakan perjalanan ke Madinah pada jam 0100 pagi 23/01/2014.  Didalam perjalanan ke Madinah, kami diiringi juga oleh seorang penuntut Malaysia (belajar di Universiti Madinah), yang menjadi mutawif.
 
Perjalanan ke Madinah mengambil masa lebih kurang 6 ke 7 jam. Sepanjang perjalanan kami berhenti di dua tempat.




 

 Inilah tempat persinggahan pertama kami.
Waktu ni pukul 0530 pagi, bercadang untuk Solat Suboh, rupanya belum masuk waktu lagi.
Singgah sebentar sahaja untuk membuang air atau membeli apa-apa keperluan .
Di Arab Saudi, diperhatikan setiap stesen minyak, ada juga disediakan sebuan surau/masjid juga kedai makan dan kedai menjual barang-barang keperluan.
 
Meneruskan perjalanan, sehinggalah sampai di satu stesen minyak, lebih kurang pukul 645 pagi. Kami berhenti dan mengerjakan Solat Suboh berjemaah. Solat diimamkan oleh Ustaz Amir. Cuaca disini agak sejuk, terkejut dan mengiggil kesejukkan apabila mengambil air sembahyang.
 
Sang isteri bersama anak buah (Rozaimah) sempat bergambar kenangan selepas Solat Suboh.
Sementara menunggu yang lain, sempat bergambar kenangan. Dibelakang bas yag ditumpangi.

 
Bersambung Part 3

Wednesday, January 21, 2015

Umrah Part 1

 Setahun sudah berlalu, masih terasa lagi masa masa indah ketika melakukan ibadah Umrah. Berikut segelintir yang dapat digambar dan ceritakan.......






21hbJan. 2014. Memulakan perjalanan dari Labuan. Seawal pagi bertolak dari rumah. Dihimpit dengan kesesakan jalanraya, ada rakan yang terpaksa memandu ditepi jalanraya. Sebelum memasuki dewan berlepas pada pukul 0700 pagi, doa dibaca yang diketuai oleh Ustaz Amir. Menaiki pernerbangan MAS.


Suasana di dalam bas, perjalanan dari KLIA ke Nilai. Di Nilai kami tinggal di Aeton Hotel. Cuma semalam sebagai persediaan transit ke Jeddah.



22hb Feb 2014,  jam 1130 pagi telah berada di LCCT untuk menaiki pernerbangan AirAsia X menuju ke Jeddah



Selepas menunggu 3 jam, barulah dipanggil untuk masuk ke dalam kapal.

Di dalam kabin AirAsiaX, pernerbangan dari Kuala Lumpur mengambil masa lebih kurang 8 jam. 2 kali makan disediakan. Terasa bosan, walaupun bermacam-macam aktiviti dilakukan,,,,berzikir,membaca Al Quran, bermain phone game, membaca buku-buku umrah dan akhirnya tidur zzzzzzzz...................(penerbangan ni tak ada menyediakan apa-apa yang nak ditonton)
bersambung di part 2.........

Monday, January 19, 2015

Umrah

Aku tak tau apa yang mengerakkan hati ku untuk ke sana. Mungkin Allah lebih mengetahuinya. Beberapa urusan yang perlu diselesaikan sebelum ke sana.

Pertama-
Passport antarabangsa . Mungkin ada tempat2 tertentu kita kena beratur panjang atau que, ataupun berhari2 atau minggu malah bulan untuk menyiapkan sebuah buku merah yang bernama passport. Di wilayah Persekutuan Labuan, nak membuat passport tak jadi masalah, bagi penduduk Labuan, kalau cukup syarat (dukumen2) tak sampai setengah hari, tapi paling cepatpun kalau menbuat jam 11 pagi siapnya jam 1 tenghari.
Apakah dukumen2 yang perlu ada?,,,,,,standardnya, kad pengenalan, surat beranak, surat beranak ibubapa dan beberapa keping gambar,,,,dulu2 kena bergambar dikedai gambar, gambar berukuran passport, tapi kebanyakkan jabatan sekarang tak lagi meminta gambar2 berkenaan, cukup bawa diri dan bergambar di kaunter jabatan berkenaan. Perlu di ingat bagi yang tak mempunyai surat beranak ibubapa, perlu ada surat sumpah untuk mengesahkan bahawa pemohon adalah warga Malaysia dan penduduk ditempat berkenaan.

Kedua-
Suntikan kesihatan. Suntikan kesihatan boleh dibuat dimana2 klinik samada klinik kerajaan (hospital) atau klinik swasta dengan syarat klinik berkenaan telah diberikan pengitirafan untuk melakukan suntikan. Bayaran untuk suntikan berkenaan lebih kurang RM150 seorang.

Ketiga-
Permohonan untuk Visa. Agak mengambil masa, Selalunya akan diuruskan oleh agen. Dukumen2 yang perlu disediakan ialah, gambar (nyatakan bersaiz umbrah / haji), salinan kad pengenalan, salinan sijil nikah (jika pergi dengan suami / isteri), passport antarabangsa dimana tempoh tamat passport berkenaan lebih dari 6 bulan dan kad / surat pengesahan suntikan kesihatan.

Keempat-
Latihan, maksudnya latihan dari segi mental dan jasmani. Sediakanlah diri dengan mendalami ilmu2 berkenaan dengan agama, terutamanya berkenaan dengan haji dan umrah . Kita belah membaca buku2, melayari internet (you tube) , bertanya kepada yang pernah  atau mengikuti ceramah2 agama.
Kesihatan juga perlu dipertingkatkan. Lakukan senaman2 ringan, amalkan berjalan kaki setiap hari, sekurang-kurangnya lebih kurang 5 km setiap hari. Mula biasakan kurangkan masa tidur. Kalau kebiasaan tidur 8 jam, beransur-ansur kurangkan masa tidur ke seminimum mungkin. Katalah 4 jam . Jika sudah terbiasa dengan tidur 4 jam, ini akan membantu anda beribadat ketikah di Tanah Arab nanti.

Tuesday, January 6, 2015

Berbasikal

Hari ni 5/01/15 masih off. Besok baru kerja. Pagi2 lepas balik dari masjid, berbasikal, dapatlah 15 km. Penat juga. Target nak kuruskan badan. Angan2 lepas berbasikal nak ke gym,,,,tapi dah penat, so relak saja di rumah. Planning hari ni nak pergi Mas Office, nak tukar tiket adek. Cuba tukar dari internet harga bertambah mahal pula, bagus beli baru, sebab tu nak ke Mas Office , nak Tanya kenapa harga lagi mahal.


Hari ni hari jadi Dania,,,,,setahun sudah,,,biasanya budak2 umur macam ni dah pandai berdiri dan berjalan,,,Dania ...belum lagi. Malam ni nak BBQ,,,,,so lepas pergi Mas office, ke pasar, beli apa yg patut.


Danial pula minggu depan masuk taska,,,,tak tau apa yg akan terjadi, tunggu dan lihat,,,,


Bulan ni bulan road tax,,,,Pae punya motor kena buat road tax,,,,road tax ok laaa,,,,free, yg mahalnya insurance,,,,dekat2 Rm200.....DD pula road tax kereta ,,,,insurance dlm RM400,,,,mummy cakap dia nak pinjam duit.......Pinjam,,,,,boleh,,,asal bayar,,,,kalau ikut sejarah ramai yg dah pinjam duit,,,,tapi ada yg sampai sekarang tak bayar2,,,,,itu yg malas nak bagi pinjam....