5 Hb Oct. Selamat Menyambut Hari Depavali. Rupanya di KL cuti umum, malangnya di Sabah, Sarawak dan Labuan, kita tak bercuti. Saya ada seorang rakan India, tinggal di Sepang, telah bersara, malangnya dah lost contack dengan nya, kalau tak bolehlah hantar sms dengannya, nak ucap selamat divali,,,,,,,Selamat Menyambut Hari Depavali Sdr Loga.
- Hari ni kita balik, so selepas sarapan pagi, lebih kurang 0945 pagi (janji 0930 pagi) teksi yang dipanggil datang, tengok dari jauh dah ada orang ikut,mau saja ikutkan hati tak ikut teksi berkenaan, tapi oleh sebab memikirkan mereka ni nak cari makan, kita ikut saja laa teksi berkenaan,,,adakah patut kita dah book, boleh bawa penumpang lain pula.
- Kita turun di Stesen Kumuter Serdang, planning kita dari sini kita akan terus ke KL Sentral, di KL Sentral kita check in and than bolehlah jalan2.
- Malangnya di Stesen Serdang, sama kes macam semalam, jam 10 pagi dah jadi waktu puncak, orang bersesak2 nak naik kumuter. Oleh sebab membawa beg, satu laptop, satu kamera dan satu pakian, kita terlepas satu train, kena tunggu 20~30 minit lagi. Dalam menunggu train datang, sempat berbual dengan seorang wanita yang bekerja di Kem Luar Negeri Putrajaya. Berasal dari Kelantan, dah 11 tahun di KL, tak pernak naik kumuter, tujuan naik nak ke Tanjung Malim. Dia pun terkejut juga dengan keadaan yang berasak2 di kumuter.Walaupun kita tak berapa tau dengan kumuter, kita galakkan (oleh sebab dia seorang wanita) ikut gerabak yang dikhaskan untuk wanita.
- Di KL Sentral, saya tak tau apa nak buat, hilang idea kalau jalan sorang2, so lepas check in, kita ikut LRT menuju Masjid Jamek,,,,,,,,nak bank in duit di HSBC, di kawasan sini lain pula panorama yang dilihat, rasa2 saya berada di luar negara, ramai orang bermata sepet, tapi bukan Cina Malaysia, mungkin dari nepal atau vietnam, ada juga orang berkulit gelap, tapi bukan India Malaysia,,,,,,,,,,,,,,kalau diambil statistik, mungkin dalam 100 yang dijumpai, tak sampai 15 orang Malaysia.
-Flight dari KLIA ke Labuan, terlewat sedikit, jam 7 malam baru berlepas, sepatutnya jam 0645 mlm berlepas. Dalam flight, kita plan lepas makan, tidur,,,,,,
No comments:
Post a Comment