Semalam merupakan Jumaat terakhir aku bersembahyang Jumaat secara berterusan, maksudku, sejak bulan Julai tahun lepas, aku tak pernah miss sembahyang Jumaat, setiap minggu aku akan ke masjid, Alhamdullilah,,,,,tau sajalah, sebagai pekerja jadual shift, memang ada masa2nya kita akan tertinggal Jumaat disebabkan tugas, tapi sejak bulan Julai, masa tugasku pada waktu pejabat,ertinya tak ada sebab aku meninggalkan Jumaat. Tapi mula 8 Januari lepas, aku dimasukkan balik ke dalam waktu shift, ertinya Jumaat minggu depan shift aku kerja pagi,,,,,,,,,,miss Jumaat......apa nak buat.
Tadi kerja begitu mencabar bagiku, mencabar minda dan juga tenaga,,,,,bayangkan perkakas yang dikawal dengan Auto terpaksa dikawal dengan Manual,,,,,,kalau dengan manual saja ok juga, tapi dengan tangan,,,,,nak buka valve, terpaksa keluar dan buka ,,,,,kesian operator,,,,,,tapi terasa malam tadi mendapat gaji yang halal......
No comments:
Post a Comment