Thursday, February 25, 2010

Bayar hutang

Setiap hujung bulan kita terima gaji, dan ketika itulah kita sibuk membuat perkiraan berapa hutang yang patut dibayar. Hidup sekarang ni segala-galanya memerlukan wang. Kadang-kadang perbelanjaan bulanan kita lebih dari gaji yang diterima.
Bayar ansuran kereta Rm800, Rumah Rm700, Tuysen anak Rm230, Minyak kereta Rm 400, Belanja sekolah Rm80, Bagi Ibu Rm250, Kad Kredit Rm1600, Phone rumeh Rm180, hanphone Rm150, Letrik Rm350, Air Rm55, Astro Rm110, Bini Rm500, Belanja dapur Rm800,,,,,,,berapa jumlahnya,,,,,,,mau Rm7000 sebulan,,,,,,,,,,,,,mana nak cari duittttttttt,,,,,,

Wednesday, February 24, 2010

Reshuffle Shift

Reshuffle shift, bukan sejenis tari, tapi itulah yang dibincangkan tadi.Hari Isnin depan, shift kita dah balik jadi 4 group, sebelum ni 3 group saja. Tapi oleh sebab , kalau 3 group, masa untuk cuti rehat tak mencukupi, jadi kita bersetuju balik ke 4 group.
Panelman juga dibuat perubahan, si gemok berpindah group, yang masuk si panjang. Orang dalam shift cukup2 saja, untuk Onsite 1 SS, 1 ASS, 2 panelman, 1 team leader cum panelman, field operator 4 orang. That mean, kalau sorang tak datang kerja kena cover.
So far saya masih juga stay at Gr 1. Bye bye Gr 2..........

Monday, February 22, 2010

YEPR

Year end performance review, YEPR. Itulah topik yang dibincangkan tadi. Tadi YEPR mempunyai format yang sedikit berlainan dengan tahun yang sudah.Agak lebih teratur, tapi masalahnya kenapa dipenghujung YEPR baru nak dimulakan,,,,,,,kita punya YEPR berakhir 31/03 setiap tahun.
Saya tak berapa berkenan dengan 10% yang dibawah. Nampaknya tahun ni dan tahun2 akan datang ada lagi sistem koata. Bayangkan sesiapa yang tergolong didalam 10% prestasi terendah akan menghadapi suatu tindakan dari majikan, baik surat cinta, atau gaji tak naik, bonus kurang , tak naik pangkat dan yang paling menyedihkan,,,,,,hilang pekerjaan.
Macam dah ada ura-ura nak mengurangkan pekerja...........................

Thursday, February 18, 2010

Kenapa Merokok?

Satu persoalan, kenapa orang merokok? Banyak sebab, antaranya:
-tension atau stress,,,,,,,bingung laa tu
-mau mencuba,,,,,,,,nak merasa, manusia selalunya maukan yang baru,
-ketagih,,,kandungan dalam rokok tu membuat orang yang menghisapnya rasa ketagih,nak lagi..
-menunjuk-nunjuk,,,,,biasanya remaja atau budak sekolah,,,hero la, samseng la,,,mancho la,,,,
-boring,,,,kekadang orang boring, tak tau apa nak buat, tengok tv, play game, tidur, makan,,,semua tak menjadi,,,,last-last ambil rokok,,,,hisap...
-cari idea,,,,,dengan menengok asap berkepul2,,,,datang idea,,,,,betul ke?
-cuci mulut lepas makan,,,,,nak hilang rasa pedas la kunon,,,,,
-tambah power atau tenaga, terutama lepas bersukan, betul ke?,,,,,rasa2 tambahkan CO2 ada kot....
-menghalau nyamuk,,,,,waktu tidur tak pula merokok.....
-berjaga,,,,,,,supaya tak tidurla yaaa,,,,,tapi kalau berjaga untuk keseronokkan, memang boleh jaga, tapi kalau berjaga untuk tugas,,,,rasa2,,,,jam 4 ke 5 pagi dah hanyut....
-nak hitamkan bibir,,,,,alasan yang tak logik,,,,
-dan bermacam-macam alasan kenapa orang merokok.......kalau ada tambah.......

Ramai dah jadi kaya

Dah hampir 5 tahun aku memandu kereta cefiro. 5 tahun lepas, sewaktu aku membelinya, aku rasa memang cukup bergaya, maklum kereta besar, tapi jika dibandingkan dengan kelas yang lain, macam camry dan accord, memang cefiro mempunyai harga yang jauh lebih rendah.
Ketika membeli dulu, aku dah budgetkan untuk bayaran bulanan,,,,,Rm800 sebulan, sebelum ni bayaran bulanan untuk kereta Rm410 saja,,,,,dah ternaik dekat 100%, tapi apabila dikira2 dengan gaji yang aku terima ketika tu,,,,buleee laaaa. Waktu membeli dulu tak terfikir pula dengan harga minyak,,,,,dulu masih murah,,,,,isi penoh tanki dapat laa dalam Rm70 ke Rm80. Tapi sekarang mau menjangkau dalam Rm120,,,,,itu harga minyak Rm1.80,,,,,,nasib baiklaaaa harga minyak Rm2.70 tak lama, kalau tak,,,,,mau Rm600,,700 sebulan untuk beli minyak.
Sekarang untuk sebulan, bolehlah aku pakai minyak dalam Rm400.

Bayangkan ansuran kereta Rm800, minyak Rm400, dan perbelanjaan lain,,,termasuk service,tyre,battery dll, Rm200,,,,,,untuk sebulan belanja kereta saja Rm1400..........

Aku tak taulah bagaimana pula perbelanjaan untuk yang mempunyai kereta yang lebih besar, canggih dan mahal,,,,,,,tentu lebih Rm1400........
Sekarang ni aku tengok, ramai yang memandu merc, bmw, prado, ninja, ,,,,,tentunya kereta yang mahal dan mempunyai kuasa yang besar,,,,,,tentu maintenancenya juga besar,,,,,agak-agaknya besar ya gaji yang mempunyai kereta2 tu,,,,,,sebab tu aku terpikir,,,,,yang rakyat ni dah ramai yang kaya,,,,,,,,kalau tak,,,,,,tak kan nak mampu beli kereta besar2..........

Monday, February 15, 2010

Tumpah Lagi

Malam tadi, semua kerja yang dirancang tidak menjadi, angan2 nak start C201, tapi apakah sialnya, tumpah lagi minyak di C201 seal oil,,,,,,,,masa kejadian lebih kurang 930 malam,,,,,,kenapa kah lambat sangat bertindak, sehinggakan berderam-deram minyak tumpah,,,,,,Abu kenapa kau tak buat awal2,,,,,,,kenapa kau tak periksa tempat tu awal2,,,,,,,kan sekarang kita yang jadi mangsa,,,,,,giliran aku pula buat report,,,,,nasib badan.

Sunday, February 14, 2010

Power Failure

Nasib kurang baik malam tadi, sudahlah selama ni begitu banyak dugaan tuk start plant, dari steam keluar dari flare, dah tu oil spillage, B101 start tanpa N2, yang terakhir nak introduce H2 ke system.
Tapi malam tadi, dah plant load 92% tetiba pula power failure, habis 1 plant,,,,,,ingatkan hari ni dapat product dekat2 2ooo, jadi hancur jadinya,,,,,,,,,kerja dalam gelap gelita, apa nak buat.
Balik dari kerja, pegi town kejap, beli roti canai, 10 keping, balik rumah, bantai roti sama bini, dah tu mandi dan tidur,,,,,,,,,,,sedar2 dari tidur jam 4 petang,,,,,,miss zohor,,,,lapar pula perut ni,,,,makan,,,,lauk, asam pedas.
Lepas makan, tengok internet, nak beli tiket airasia, penang kl, book untuk 5 orang, mahal pula RM53 sorang, terpaksa book asing2,,,,,baru ada murah RM40 sorang.
Hari ni Danial genap sebulan,,,,,sempat juga ambil video sebulan,,,,,,tadi waktu tidur, sedang aku tidur, rupanya Danial dibaringkan sebelahku,,,,,,,,menanggis pula,,,,,,,dah,,,,,,aku pula tak berapa tidur nyaman,,,,dahlaaa malam tadi banyak keja.
So malam ni, pegi kerja lagi,,,,,harap2 malam ni dapatla relex,,,,,,,,,,

Wednesday, February 10, 2010

Anak Angkat

Semalam ada panggilan telephone dari pejabat, berkenaan anak angkat, hari ni Rabu,,,,,ada majlis perjumpaan dengan anak angkat dan juga pemberian sumbangan untuk anak angkat, budget untuk seorang anak angkat sebanyak RM150.Saya tak kisahla berapa banyak yang nak diberi pada anak angkat, tapi yang saya tak berkenan ialah cara "mereka" menguruskan program ini.
Dulu semasa puasa, tahun sudah, ada dipampangkan di papan kenyataan tentang pengambilan anak-anak angkat. Ianya terbuka untuk semua kakitangan syarikat. Ramai juga yang nak dijadikan anak angkatni, tak salah saya antara 30 ke 40 orang.............berminggu2 dipamerkan, tapi cuma 2, 3 kerat saja kakitangan yang berminat mengambil anak angkat, selebihnya,,,,,cuma membaca apa yang dihebahkan.
Sehinggalah hingga 2 hari sebelum acara pengambilan anak angkat, pun masih juga tidak ada keluarga angkat yang sudi,,,,,,saya dan juga rakan2 yang lain ketika itu sedang dalam tugas membuat "OP" telah diminta memberikan sokongan, dengan cara mengambil anak angkat.
Oleh sebab tak mau menghampakan syarikat apalagi memalukannya, kamipun supportla program berkenaan, saya dengan group saya support 2 orang anak angkat, kawan2 yang lain pun sama, masing2 ada group, masing2 support,,,,tak salah saya ada 10 orang yang berjaya kami support untuk program berkenaan. Kamipun kumpul dana, dan bagilah pada anak2 berkenaan.
Masalahnya program berkenaan berterusan selama setahun, jadi untuk suku yang kedua ni pihak yg menguruskan, nak minta dana lagi,,,,,,,,,,,,,,,,masaalah,,,,,,,,,itu yang jadi saya tak berapa puas hati tu,,,,,,waktu mula2 dulu, mereka cuma minta support untuk kali tu saja, kalau kita tau yang program ni berterusan selama setahun,,,,,,,lain le ceritanya......sekarang dah jadi satu perjanjian pula,,,,,,,,ini macam tak ikhlas pula,,,,,,,,,dulu waktu memperkenalkan anak2 angkat dan menyumbangkan dana untuk anak2, saya tak menunjukkan muka, sebab, biarlah anak2 berkenaan tak tau siapa yang menyumbang dana untuk mereka, kalau mereka tau, macam kita nak minta balas pula,,,,,so tadi,,,,macam tu jua,,,,kita sumbangkan dana, kita tak mau publisiti.................rasa2 orang yang nak publisiti yang tak iklas.....hehehehe jangan mare

Saturday, February 6, 2010

Jumaat Terakhir

Semalam merupakan Jumaat terakhir aku bersembahyang Jumaat secara berterusan, maksudku, sejak bulan Julai tahun lepas, aku tak pernah miss sembahyang Jumaat, setiap minggu aku akan ke masjid, Alhamdullilah,,,,,tau sajalah, sebagai pekerja jadual shift, memang ada masa2nya kita akan tertinggal Jumaat disebabkan tugas, tapi sejak bulan Julai, masa tugasku pada waktu pejabat,ertinya tak ada sebab aku meninggalkan Jumaat. Tapi mula 8 Januari lepas, aku dimasukkan balik ke dalam waktu shift, ertinya Jumaat minggu depan shift aku kerja pagi,,,,,,,,,,miss Jumaat......apa nak buat.
Tadi kerja begitu mencabar bagiku, mencabar minda dan juga tenaga,,,,,bayangkan perkakas yang dikawal dengan Auto terpaksa dikawal dengan Manual,,,,,,kalau dengan manual saja ok juga, tapi dengan tangan,,,,,nak buka valve, terpaksa keluar dan buka ,,,,,kesian operator,,,,,,tapi terasa malam tadi mendapat gaji yang halal......