Sabtu 3Julai dan Ahad 4Julai, 2 hari berturut2, bersama OKU ataupun Orang Istemewa, memberi tunjuk ajar cara-cara bermain lawn bowls.
First day, Sabtu, 8 orang jurulatih, termasuk aku, melatih mereka. Acara bermula jam 8 pagi dengan pendaftaran peserta. Sejumlah 35 OKU dari Labuan dan 15 dari Sabah.
Peserta dari Labuan kebanyakkannya cacat otak, cuma ada 8 orang saja cacat anggota, sedangkan dari Sabah, semua peserta terdiri dari peserta cacat anggota.
Aku ditugaskan sebagai ketua jurulatih dimana tugasku bermula jam 9 pagi. Aku diminta menerangkan sejarah bowls, dan juga basik bowls.
Lebih kurang 1/2 jam berucap, aku terus membahagikan peserta kepada 7 kumpulan, saja aku buat 7 kumpulan sebab ada 7 jurulatih yang akan mengajar mereka,,,,,ertinya aku dapat rehat,,,,
Memang planning aku macam tu laaa,,,,,nak menjauhkan diri dari tugas,,,,,betul, selepas membahagikan kepada 7 kumpulan dan menyerahkan kepada jurulatih, aku terus bergegas ke gelanggang futsal pula, ada game, aku kena pegi, sebab kalau tak pegi, tim aku akan kalah walkover,,,,,pasal keeper tak ada,,,,,,
No comments:
Post a Comment