Hujung bulan June ada assessment. Aku adalah dalam 10 orang yang terpilih. Lulus bererti naik pangkat.Tapi kalau naik pangkat bolehkah aku melaksanakannya.Tanggungjawab akan bertambah, juga kerja.
Aku bukanlah orang yang mahukan pangkat, bagi aku dengan pangkat yang aku pegang sekarangni pun dah memadai, begitu juga dengan gaji, rasa2 dah mencukupi. Tak juga kalau bergaji lumayan, tapi hidup tak bahagia.
Tapi boss telah memilih aku. Rasa2 boss memilih kerana kerja yang aku lakukan selama ni.
Mudah-mudahan sahaja berjaya. Harap2 kalau dah naik pangkat, dapat lagi meningkatkan prestasi kerja..................Amin
No comments:
Post a Comment