Sunday, May 30, 2010

CBI assessment

Hujung bulan June ada assessment. Aku adalah dalam 10 orang yang terpilih. Lulus bererti naik pangkat.Tapi kalau naik pangkat bolehkah aku melaksanakannya.Tanggungjawab akan bertambah, juga kerja.
Aku bukanlah orang yang mahukan pangkat, bagi aku dengan pangkat yang aku pegang sekarangni pun dah memadai, begitu juga dengan gaji, rasa2 dah mencukupi. Tak juga kalau bergaji lumayan, tapi hidup tak bahagia.
Tapi boss telah memilih aku. Rasa2 boss memilih kerana kerja yang aku lakukan selama ni.
Mudah-mudahan sahaja berjaya. Harap2 kalau dah naik pangkat, dapat lagi meningkatkan prestasi kerja..................Amin

Monday, May 24, 2010

Borneo Games


Sejak 20hb yang lepas, sehingga hari ni 24hbMay2010, memang ramai rakan2 dari Sabah dan Sarawak datang ke Labuan. Hari ni kebanyakkan mereka pulang, selama 3 hari berturut2 berhempas pulas bersukan.
Alhamdullilah tahun ni tahun yang agak cemerlang bagi PML. Kita cakap agak cemerlang sebab , PML tahun ni menunjukkan kemajuan yang agak luar dugaan.
Selama 17 tahun sudah pesta sukan ini dijalankan, tak pernah PML meraih kedudukan yang agak istemewa ini.
Tahun ke 18, hari ke dua sukan , Sabtu 22/05/10, PML dapat 1 gold melalui acara golf, kemudian disusuli dengan 4 acara sukan memasuki acara final, Futsal, Dart, 8 pool snooker dan basketball.
Malangnya semalam, Ahad, kesemua acara final itu dimenangi oleh pihak lawan, padahal di peringkat awal atau separuh akhir PML telah menewaskan mereka. Saturday is PML day but Sunday is yours.
Futsal contohnya, diperingkat semi final kita tewaskan MLNG dengan 2-1, tapi kita kalah di final juga dengan 2-1, kalah pula dengan suddent death.
Snooker dan dart sama juga, kita dah menang dengan lawan yang sama sebelum final, dan menang pula tu, tapi di final ceritanya berlainan, PML tewas.
Kalaulah ke empat2 final tadi kita menang sekurang2nya 3 darinya, besar kemungkinan PML juara keseluruhan,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,nasib, nasib.
Walaumacamanapun tahniah PMLSB, tahniah untuk supporter PML terutama The Orange,,,wa salut dengan lu laaa,,,,,,,,sebab tu waktu terima hadiah malam tadi wa,,,,,tunjuk sama lu punya group yang duduk atas tu,,,,hehehehe

Wednesday, May 19, 2010

Borneo Game

Semalam, Hari ni dan esok, rakan-rakan dari KK, Miri, Bintulu dan Kuching mula datang ke Labuan. Selamat datang ke Labuan. Yang kaki minum , memang happy, minuman keras lebih murah dari minuman bersoda.
Yang kaki merokok, pun happy, rokok murah.
Yang kaki pup dan disco, lagi happy,banyak pub di Labuan.
Yang nak beli mutiara, beli la banyak2, jangan nanti sampai Sarawak menyesal tak sudah.
21hb ni bermula Petronas Borneo Game, 10 acara sukan dipertandingkan, golf, futsal, badminton, ladies vollyball, carrom, tennis, sepak takraw, men basketball dan pool.
Selalu yang menang atau jadi juara keseluruhan, MLNG, kalau tak ABF....untuk Labuan memang tempat pertama cuma sekalu tempat kedua, yang lain tu semua pertama dari belakang.
Saya bermain Futsal, ketogery veteran,,,,,kalau di KK 3 tahun lalu, kami dapat tempat ke 3, kalini target tentulah up sikit,,,,,,tak dapat no 2, no 1 pun jadila.
Training sejak bulan Dec,,,,macam over training pula.....tapi skill masih dulu2 punya.....

walau macamanapun saya ucapkan sekamat bersukan.......

Wednesday, May 12, 2010

Kaki Nak cram

Dah hampir berbulan2 aku tak update blog ni,,,,,sebenarnya nak update tapi aku ada penyakit,,,penyakit malas.

Petang tadi meneruskan training futsal, untuk Borneo game,,,malangnya kaki aku nak cram, belah kiri, mungkin tak cukup warm up, atau terlebih training.

Borneo Game tinggal 2 minggu saja lagi, boleh sembuh ke kaki aku.

Petang tadi Danial pegi jumpa doktor,,,,kena bagi ubat batuk saja.

Faiz pula, terpaksalah sambung belajar tingkatan enam, masuk poli tak layak,,,,apa tak, lain jurusan yang diambilnya,,,,sure tak layak....

Aat, pegi KK, ikut tournerment lawn bowls Malaysia Pairs..