27March2010. Hari ni rasmilah sudah pertunangan Enung dengan Shida. Majlis menghantar pertunangan telah diadakan selepas Zohor. Cuma 5 dulang hantaran dari pihak Enung dan dibalas dengan 7 hantaran. Seperti dijanji kebanyakkan hantaran berupa makanan dan buah-buahan. Wakil Enung kali ni Abang Mie, Laki Kak Mas. Tua Mulok nda dapat ikut serta ke Kedah disebabkan masalah kesihatan, atau mungkin juga bininya nda menyuruh ikut sebab, ia nda ikut sekali.
Tidak ramai dari pihak lelaki, selain babah, mummy, nenek, wawa Sipat , Wawa Amit, Bang Mie, Kak Mas, Kak Yong (Kakak Abg Mie) , Emak Bang Mie dan anak2 bang Mie.
Hantaran yang di bawa sejumlah Rm6000. Selebihnya Rm4000 akan dilunaskan semasa majlis kawin nanti.
Mas kawin dijanjikan Rm84.
Majlis kawin akan diadakan dalam bulan Feb atau March tahun 2011.
No comments:
Post a Comment